Sunday, August 15, 2021

BAB 8 - NOVEL PALING BEST PERNAH ANDA BACA - NOVEL TRILOGI MAN REMPIT 2

 BAB 8


“Dum! Dum! Dum!” Bunyi pintu rumah Azman diketuk kuat.

“Man! Man! Assalamualaikum!...”

“Lord. Kenapa ni?” Soal ibu Azman sebaik pintu rumah itu dibuka.

“Makcik Manjoe ada.” Lord kelihatan resah.

“Ada. Kat dalam bilik dia. Masuklah.” Lord bergegas masuk terus menuju masuk ke dalam bilik Azman.

“Ada apa Lord. Mengelabah je kau ni.”  Tanya Azman sambil membersihkan luka parut di perutnya. Dia mahu menukar balutan luka tersebut.

“Aku cari kau kat pejabat tadi. Diorang kata kau MC. Tu yang aku datang sini.” Katanya termengah-mengah.

“Kan semalam kita pergi klinik sekali. Doktor bagi aku 2 hari MC pasal pendarahan ni?”

“Yelah! Aku yang lupa! Ada cerita panas ni!”

“Apa yang panasnya. Rilekslah bro’. Duduk dulu. Bertenang. Tarik nafas.”

Lord duduk di atas katil bujang Azman.

“Macam ni. Balik dari Tasik Perdana petang semalam aku terserempak dengan seorang kawan lama aku kat Central Market.”

“Nama dia Azizul. Dia baru balik dari USA. Dia junior Zafrul kat sana.”

“Oh. Apa cerita dia?”

“Dia sebenarnya belajar kat Universiti kecil je kat Western Michigan, Kalamazoo, Illinois. Universiti tu dikenali sebagai kampung Malaysia.”

“Kenapa pulak?”

“Sebab ramai budak Malaysia kat sana.”

“Oh..” Azman menggangguk faham.

“Tapi dia kata dia belajar Engineering kat MIT, Massasucchet Intitute of Tecnology. MIT ni memang terkenal dengan graduan kejuruteraan dia. Dia berlagak lebih. Penipu.”

“Hem..”

“Lepas tu dia ni memang kaki perempuan, kaki parti, kaki botol dan lain-lain. Dia duduk dengan bebudak Cina supaya dapat elak dari gosip orang melayu. Tapi bebudak semua tahu yang setiap minggu dia bawak perempuan balik tak kira mat saleh, kulit hitam, Mexico, Vietnam dan lain-lain. Dia sebenarnya gunakan Sara sebagai back up. Kata dia bila dah puas buat semua ni tapi bila nak kahwin dia kena cari yang baik. Jadi Sara tu disimpannya sebab dia tahu dia boleh ambil kesempatan atas Sara. Dia tahu dia dah dapat tackle hati Sara semenjak tingkat tiga lagi. Pada masa Sara masih mentah dan tak faham apa-apa.”

“MasyaAllah. Tapi kau ingat tak Khairul kata Zafrul tu baik?”

“Aku ingat dan aku rasa tak sedap hati pasal Khairul ni. Dia macam ada sorokkan sesuatu.”

“Kau pun rasa jugak. Aku ingat aku sorang jer rasa begitu. Nanti cuba kau cek dengan Azizul tu kalau-kalau dia kenal Khairul ni?”

“Okay.”  

“Terima kasihlah Lord! Kau ni memanglah blood brother aku! Penyelamat.”

“Tak ada hal bro’. Habis kau nak buat apa?”

“Aku kena cari jalan beritahu Saralah. Malam ni aku jumpa dia nak bagi hadiah handphone tu. Tengoklah nanti macamana.”

XXXXXX

        Jam 8:30 Azman sudah tercongok di Restoran Ani Sup Utara di seksyen 9 Shah Alam itu menantikan Sara. Dia membawa beg sandang. Hadiah dan kad harijadi untuk Sara ada di dalam beg tersebut. Hatinya berkobar-kobar. Harapannya tinggi agar Sara menghargai pemberiannya itu.

        Azman terkejut bila nampak Sara memakai blaus dan skirt paras lulut dan memakai solekan muka yang agak tebal malam-malam begini. Setakat hari ini dia tak pernah nampak Sara memakai solekan muka setebal itu. Selalunya Sara akan hanya memakai ginju yang agak lembut warnanya. Firasatnya mengatakan ada yang tak kena. 
 
“Happy Birthday Sara.” Kata Azman sebaik Sara sampai.

        Thanks bang. Dah lama sampai?”

        “Baru jugak. Macamana majlis harijadi semalam?”

“Okay! Seronok. Daddy belikan lap top baru untuk Sara. Full Specs. Nisha, Nadia pun ada bagi hadiah.”

“Wah! bagusnya.”

“Bang, Sara ingat nak warnakan rambutlah. Ikut trend semasa, buat perubahan sikit, apa pendapat abang?”

“Kenapa Sara nak warnakan rambut pulak? Abang rasa Sara lebih cantik begini.” Soal Azman yang agak terkejut dengan pertanyaan Sara itu.

Tiba-tiba mata Azman terarah kepada cincin emas berukir di jari manis Sara. Cincin yang tak pernah dilihatnya dan dia yakin itulah cincin tanda pemberian Zafrul dahulu. Hatinya terasa bagai dirobek-robek. Matanya mula berkaca. Giginya diketap menahan kesedihan yang mula menular.

“Sara, abang nak ke tandas kejap.” Azman terus bangun dan melangkah laju menuju ke tandas lelaki di belakang restoran itu tanpa berpaling.

Azman memandang cermin besar yang ada di dalam tandas itu. Rona wajahnya yang jelas layu kesedihan, bebola matanya jelas kemerahan menahan dari gugurnya airmata kelelakiannya. Pada masa itu barulah Azman sedar yang Sara mula menyambung perhubungannya dengan Zafrul. Mungkin parut di perutnya yang berdarah itu adalah satu petanda perihal ini. Nampaknya dia kalah dalam persaingan merebut hati Sara Yasmin. Namun demikian, sebelum dia mengalah dia mahu cuba menyelamatkan apa yang terdaya olehnya buat kali yang terakhir.

Air paip dibukanya laju. Mukanya dibasuh dengan harapan ia membawa kesegaran bagi menutup kesedihan hatinya buat seketika dua. Dia perlu berjuang.

Azman melangkah kembali ke meja tampat Sara menanti. Kue Teow basah yang terhidang tidak dipedulikannya. Dia fokus mahu menyiasat ke akar umbi mengenai persoalan ini.

“Kenapa ni bang? Lain macam je Sara tengok.” Tanya Sara sebaik Azman duduk.

“Sara, abang nak minta Sara berterus terang dengan abang boleh?”

“Hem...” Gadis ayu itu menggangguk seakan tahu apa yang bakal dihadapinya.

“Cincin siapa yang Sara pakai tu?” Azman memberanikan dirinya bertanya.

“Tulah. Sebenarnya Sara serba salah bang. Sara rasa inilah caranya secara tak langsung Sara nak beritahu abang pasal Zafrul. Sara tak berani nak bersemuka dengan abang dan menerangkan mengenainya. Tapi sekarang sebab abang dah buka bab ini biarlah Sarah jelaskan perasaan Sara yang sebenarnya. Itupun kalau abang sedia mendengarnya.”

“Mestilah abang nak tahu sayang. Ini secara langsung kena mengena dengan perhubungan kita! Daripada kita berselindung lebih baik kita letakkan masalah ini di tempat yang terang dengan harapan ia dapat diselesaikan.” Azman memandang tepat pada Sara sambil membetulkan tempat duduknya bersedia.

“Sebenarnya dari dulu Zafrul sentiasa mengambil berat perihal Sara semasa di sekolah. Pada masa itu mummy and daddy selalu keluar negara untuk menguruskan perniagaan untuk satu jangkamasa yang lama hinggakan Sara dan Irfan selalu sahaja ditinggalkan dengan Bibi. Sara dalam tingkatan tiga pada masa itu. Dia saat Sara dahagakan kasih sayang, mereka berdua sering tiada di situ. Jadi Sara mencarinya di luar dan pertemuan dengan Zafrul melengkapkan kehidupan Sara pada masa itu. Sara dapat rasa disayangi dan dapat juga menyayangi.”

“Zafrul merupakan Ketua Murid, murid contoh dan disayangi semua guru di sekolah. Dia juga seorang yang prihatin dan mengambil berat. Ramai pelajar perempuan yang meminatinya tetapi dia tak menghiraukannya sebaliknya dia mendapatkan Sara. Sara rasa begitu dihargai ketika itu.”

“Kemudian, oleh kerana keputusannya bagus dia dapat masuk matrikulasi di Johor. Oleh sebab kesukaran untuk berhubungan kami terputus begitu sahaja tetapi hati Sara sentiasa ingat padanya. Satu hari dia datang bertemu dengan Sara dan mengatakan yang dia akan menyambung pelajarannya ke Amerika Syarikat, jadi dia memberikan cincin yang Sara pakai ini sebagai cincin tanda pencintaan kami. Sara juga ada bagi sebentuk cincin kepadanya sebagai balasan. Katanya selama ini dia berdiam diri kerana ingin menumpukan perhatian kepada pelajaran demi untuk masa depan kami berdua. Apapun dia berjanji satu hari dia akan pulang dan mengambil Sara kembali dan sekarang dia sedang mengotakan janji-janjinya itu.” Jelas Sara dengan panjang lebar.

Azman terdiam. Dalam kotak fikirannya berbelah bahagi samada untuk menceritakan apa yang Lord ceritakan padanya siang tadi atau tidak.

“Hati Sara sebenarnya terbelah dua bang. Sara sayang pada abang dan Sara juga sayang pada Zafrul. Sara tahu lambat laun Sara kena buat pilihan. Sara cuma takut tersilap membuat pilihan. Sara tak mahu pilihan itu dibuat mengikut emosi dan terburu-buru. Semua ini demi kebahagiaan masa depan Sara sepanjang hayat bang. Sara harap abang faham.” Sambungnya lagi.

“Zafrul lebih dahulu datang dalam kehidupan Sara. Dia datang sebelum Sara mengenali abang. Dia tak seperti abang, dia mengambil tahu dan prihatin terhadap Sara dalam banyak hal. Contohnya siang tadi dia adakan parti harijadi khas buat Sara. Dia belikan kek yang Sara suka, bunga dan hadiahkan Sara dengan handphone Blackberry yang terbaru. Semua ini dilakukan untuk Sara bang.” Handphone warna perak berkilat itu dikeluarkan lantas diletakkan di atas meja agar Azman boleh melihatnya.

Azman terkedu. Hadiah handphone Nokia yang dibeli dengan duit hasil titik peluhnya tak bermakna lagi. Hiba hatinya menahan sebak di dada. Dalam diam Sara menipunya. Dia mengatakan yang dia celebrate birthday dengan Nadia dan Nisha tetapi hakikatnya Zafrul ada bersama. Luka di hatinya semakin parah.

“Kalau begitu macamana pula dengan hubungan kita? Setiap onak duri, suka duka yang kita tempuhi dahulu hanya sia-sia belaka. Sara nak membuangnya begitu sahaja?” Soal Azman.

“Pada Sara hubungan Sara dengan abang hanyalah umpama sebuah cerita dongeng. Umpama cerita dalam sebuah filem. Setakat dalam filem yang kita tengok tempohari. Namun realitinya kita tak boleh hidup hanya dengan cinta bang. Entahlah. Cukuplah setakat ini. Sara pun tak tahu apa yang nak dikatakan lagi.” Sara menyambung hujahnya.

“Sara minta ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki atas segala kesilapan Sara bang. Berilah Sara sedikit ruang untuk memikirkan sedalam-dalamnya. Demi kebahagiaan Sara, sekali lagi Sara harap abang faham.”

        Azman terdesak dia terpaksa mengeluarkan senjata rahsianya yang terakhir. Tiada apa lagi yang dapat dia lakukan. Sara seakan sudah membuat keputusan yang muktamad namun dia berharap masih ada ruang terakhir untuk dia menembusinya.

“Sara, terus terang abang tahu siapa abang, abang mat rempit anak jaga yang ada hati ingin mencintai seorang gadis cantik anak seorang Datuk. Apapun abang faham dan abang mahu Sara bahagia. Abang akan bahagia kalau Sara bahagia dengan pilihan Sara waima pilihan Sara itu bukan abang.”

“Tapi abang tak akan bersetuju kalau pilihan Sara itu Zafrul.” Azman memulakan bicara balasnya.

“Kenapa abang cakap begitu?”

“Abang mint ammaf tapi abang dah buat siasatan. Dia bukanlah apa yang dia katakan. Pertamanya di bukanlah graduan kejuruteraan di MIT tetapi dia sebenarnya merupakan graduan Pendidikan Jasmani di sebuah Universiti yang kecil di Michigan. Keduanya dia sebenarnya hanya menyimpan Sara sebagai back up. Selepas dia puas berseronok dengan semua perempuan, akhirnya dia akan pilih Sara sebagai suri hidupnya.”

“Sudahlah Azman! Sara tak percaya semua ini. You janganlah nak burukkan Zafrul. Janganlah cuba untuk menjejaskan hubungan kami.” Tempik Sara tiba-tiba. Beberapa pelanggan yang ada di situ menoleh ke arah mereka.

Azman terkedu dengan tindakan Sara itu. Tindakan yang tak disangkanya. Nampaknya ruang akhir itu juga tertutup. Emosi Sara dan cintanya pada Zafrul menyebabkan dia tak boleh berfikir secara rasional. Desis hati Azman. Dia kena cari jalan mententeramkan Sara.

“Kalau Sara fikir begitu tak mengapalah. Apapun abang nak Sara tahu yang abang akan sentiasa menyayangi dan mencintai Sara hingga ke akhir hayat. Seperti Sara abang juga ingin memohon maaf zahir dan batin, minta Sara halalkan makan minum abang selama hari ini.”

“Apapun, ini abang ada belikan hadiah buat Sara. Hadiah yang mungkin murah pada Sara tetapi mahal pada abang.” Azman mengeluarkan bungkusan hadiah bersama kad berwarna merah jambu berbunga itu dari dalam beg sandangnya lantas menghulurkannya pada Sara. Sara tidak bergerak. Azman mengelengkan kepalanya syahdu. Lantas diletakkannya di atas meja bersebelahan dengan handphone Blackberry pemberian Zafrul itu.

Azman bangkit dari kerusinya. Makanan yang terhidang langsung tidak dijamah mereka berdua. Azman memandang Sara semahunya. Padanya itu mungkin peluangnya buat kali yang terakhir. Dia mahu melekapkan imej Sara itu di hatinya buat selama-lamanya. Sara pula menundukkan kepalanya.

“Abang akan pergi. Abang akan bagi ruang pada Sara. Sebanyak mana juga ruang dan masa yang Sara perlukan. Andai Sara ingin kembali hati ini milik Sara juga. Kalau boleh abang pinta Sara ambillah hati Sara yang bercantum dengan hati abang ini kembali kerana ia hanya akan menambah penderitaan yang bakal abang tanggung...” Katanya dengan nada hiba.

Azman berlalu meninggalkan Sara. Semakin lama semakin jauh dan hilang dalam kegelapan malam. Hilang dari pandangan Sara. Dia langsung tidak menoleh ke belakang. Manik-manik jernih airmata Sara tiba-tiba jatuh menitis ke atas kad merah jambu pemberian Azman itu.

“Tapi itu pasal pengorbanan. You tolong selamatkan nyawanya. Ia tak ada kena mengena dengan kebahagiaan kehidupan you di masa yang akan datang. Keputusan ini untuk you hidup dengan your soulmate buat selama-lamanya hingga akhir hayat Sara. Kalau you salah buat pilihan you akan merana selama-lamanya. I sarankan you pilih pakej yang terbaik. Bagi I, Zafrul is the man.” Kata-kata Nadia itu masih terngiang-ngiang di benaknya.
       
Hadiah yang elok berbungkus itu dibuka Sara. Dia ingin tahu apakah yang diberikan Azman padanya. Handphone Nokia itu dipegangnya kemas. Kemudian diletakkannya berbelahan handphone Blackberry yang diberikan Zafrul.

Lebih kurang sama tetapi tak serupa. Desis hatinya.

Kad itu kemudiannya diambil dan dibuka. Isi kandungannya dibaca.


Istimewa
Buat kekasihku
Sara Yasmin..

Mereka mengatakan
Tiada apa yang kekal di dunia ini
Namun tidak sekali-kali daku mempercayainya
Setiap kali bila kita bersama
Hatiku, jiwaku, jasadku
Seakan bersatu denganmu

Ketahuilah Sayang,
Hari ini, esok dan selamanya
Daku akan tetap mencintaimu
Inilah janjiku detik ini dan selamanya

Biarlah sang mentari berhenti bersinar
Biarlah bumi berhenti berputar dari paksinya
Biarlah bintang berguguran dari langit ke tujuh
Biarlah lautan luas menjadi padang yang tandus..

Namun hatimu kan tetap bersatu dalam hatiku
hingga akhir hayatku...

Selamat menyambut hari lahir sayang,
Semoga perhubungan cinta yang kita bersemi selamanya.

Kekasihmu,

Azman Affandi


Ayat-ayat nukilan Azman itu meruntun jiwanya. Hatinya terasa sebak. Dia tahu inilah antara kelebihan yang ada pada Azman. Jiwa seninya begitu halus bagi seorang mat rempit. Dia tahu dia akan kehilangan semua ini andai dia mengambil keputusan untuk memilih Zafrul.

Bersambung....

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

Ikuti FY di Youtube 

Ikuti FY di Facebook

No comments:

Post a Comment

BAB 1 - NOVEL PALING BEST PERNAH ANDA BACA - NOVEL TRILOGI MAN REMPIT 2

BAB 1 Satu ketika dahulu sorotan kisah percintaan luar biasa seorang Mat Rempit bernama Manjoe dengan Sara Yasmin mendapat liputan yang melu...