Sunday, August 15, 2021

BAB 5 - NOVEL PALING BEST PERNAH ANDA BACA - NOVEL TRILOGI MAN REMPIT 2

 BAB 5


“Weh Manjoe! Tengok ni. Cerita kau dah keluar wayang!” Teriak Ayu yang berada di kedai majalah dan suratkhabar berdekatan tempat mereka melepak. Selepas membayar harga suratkhabar Metro Ahad itu gadis itu terus berlari anak mendapatkan Azman serta kawan-kawannya yang masih terpinga-pinga.

“Ni ha!” Suratkhabar itu dibukanya dan bahagian Media ditunjukkan kepada mereka.

Biar aku bacakan.


Filem Wan Despatch terbitan Grand Brilliance akan ditayangkan di pawagam mulai hari ini. Filem ini merupakan kisah benar yang berlaku kepada seorang Mat Rempit bernama Azman dengan seorang gadis cantik anak orang kaya bernama Sara setahun yang lalu. Kisah mereka mendapat liputan yang meluas di media massa pada ketika itu.

Kisah cinta dua dunia ini juga telah dibukukan menjadi novel dan ia merupakan buku best seller di negara ini dengan penjualannya menjangkau lebih 500,000 naskah sejak ia terbit beberapa bulan yang lalu. Dari buku sekarang ia difilemkan.

Watak utama bernama Azwan dipegang oleh Remy Ishak dan watak heroinnya yang bernama Suzanna pula dibawa oleh Diana Danialle dengan berkesan sekali. Filem yang penuh drama, aksi, konflik, lawak jenaka dan pengorbanan cinta ini memang menarik dan akan membuatkan anda teruja setiap masa. Berkunjunglah ke panggung yang berdekatan untuk menonton Filem Mat Despatch ini. Anda pasti akan berpuas hati. Pihak kami berikan lima bintang penuh untuk filem ini.


“Huiyoo... Remy Ishak jadi Manjoe! Sungguh tak sesuai. Remy Ishak tu hensem. Manjoe pulak muka macam penyamun dalam cerita Ali Baba Bujang Lapuk.”

Mereka semua ketawa. Azman sekadar tersengih.

“Tapi Sara lagi cantik dari Diana Danialle. Patut suruh Sara je yang berlakon.” Sampuk Ayu pula.

“Woit! Apa lagi. Jom kita pergi tengok. Ayu kat mana panggung berdekatan yang kita boleh tengok?” Eddy memberikan saranannya.

“Tayangan serentak ni semua panggung ada tapi aku rasa sure panggung penuh ni.”

“Tak apa. Kita buat booking. Sempat lagi ni.”

“Manjoe. Macamana? Ajak Sara sekali.”

“Boleh jugak. Jap aku telefon dia.” Manjoe mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor Sara. Mereka berbual seketika.

        “Pukul berapa nak tengok ni?” Tanya Azman.

        “Malam nilah kul 9:00, tak pun midnight.” Jawab Lord.

Azman menyambung perbualannya.

        “Okay. On.” Katanya sebaik meletakkan telefon.

        “Jap aku buat booking. Berapa orang nak pergi ni?”

Kesemua mereka bersetuju untuk pergi bersama dan mereka tak sabar untuk menonton filem tersebut malam itu setelah Lord membuat tempahan tiket. Sebuah filem berkenaan kisah Manjoe dan Sara juga ada melibatkan kisah mereka secara tak langsung.

XXXXXX

        Malam itu mereka semua menonton wayang cerita Wan Despatch dalam panggung yang penuh di KLCC. Ia mendapat sambutan yang hangat dari penonton.

“Memang best cerita nilah Manjoe. Angle dia ambil gambar, plot cerita, muzik arrangement semuanya best! Aku rasa akan box office cerita korang ni. Paling kurang RM 10 juta ni.” Kata Shidee sebaik keluar dari panggung.

“Manjoe kena belasah dengan 3 orang je tapi dalam cerita dekat 10 orang tu. Kena tikam banyak kali pulak tu.” Zul menyampuk tak puas hati.

“Biasalah dalam filem kena nampak tragis, sadis dan nangis... Kalau tidak, tak laku nanti..” Jawab Bab.

“Tapi watak aku sikit sangatlah.” Rungut Eddy pula.

“Mestilah sikit. Kita ni pelakon tambahan je bro’. Kalau dah banyak cerita kita jer habislah cerita diorang nanti. Itupun watak kau kelakar dan menyerlah aku rasa.” Jawab Shidee.

“Macam cerita dongeng je cerita ni. Mana ada awek yang macam tu punya cun dan kaya boleh jatuh cinta dengan Mat Rempit? Tak logik! Tak logik...” Kata salah seorang gadis, penonton filem itu yang berjalan bersebelahan dengan kumpulan mereka.

“Kau dengar tu! Teruk sangat ke golongan mat rempit macam kita ni?” Ini mat rempit ada wawasanlah!” Kata Bad seakan geram dengan kenyataan gadis tadi.

“Woit! Kemana kita ni?” Tanya Ayu.

“Doraisamylah mana lagi? Pekena sup torpedo!” Kata Eddy sambil ketawa.

“Coverlah sikit Eddy! Sara ada nie.” Pesan Azman pada Eddy. Dia takut Eddy merapu dan keluarkan perangai yang tak senonohnya.

“Weh! Apa kata kita pergi Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru? Aku lapar ni.” Lord memberi saranan.

“Kau belanja ke Lord?” Soal Bad tersengih menampakan giginya.

“Tak! Tak! Kita minta Doktor Sara belanja amacam? Boleh doktor?” Usik Lord.

“Boleh je.” Sara menjawab ikhlas.

“Adoi bankraplah girlfriend aku macam ni oiii!” Azman merungut.

Dalam perjalanan menuju ke tempat letak motorsikal di tingkat bawah, seorang lelaki yang keluar dari gedung Isetan secara tak sengaja melanggar bahu Sara. Langkahnya terganggu dan kakinya terpelecok namun dia masih dapat mengimbangkan diri. Tangan Azman yang memimpinnya laju ditarik menghalangnya dari terjatuh. Azman memandang tepat pada lelaki yang bertubuh sasa itu.

“Eh! Zafrul, apa yang you buat kat sini?” Sara terkejut bila melihat lelaki yang melanggarnya itu adalah Zafrul. Azman juga begitu.

“Sara! Fancy meeting you here. Zaf keluar cari barang tadi. Tak sangka pulak Sara ada kat sini.” Ujar lelaki kacak berkulit cerah itu. Rambutnya terpacak gaya ala-ala Christiano Ronaldo. Dia memakai baju t-shirt berjenama Polo hitam yang ketat bagi menampakkan otot-otot tubuhnya yang berketul dipadankan dengan seluar jeans lusuh yang berjenama Tommy Hilfiger.

        Anyway, kenalkan ni Azman..” Sara memperkenalkan Azman dan semua kawan-kawannya yang lain termasuklah Khairul.

        “Owh! Inilah Manjoe yang terkenal tu! It’s a real pleasure to meet you finally.”  Dia menghulurkan tangannya bersalaman. Genggamannya kuat. Ada cincin suasa belah rotan di jari manisnya.

Azman sekadar tersenyum kelat.

“Oh ya! Saya bekerja sebagai trainer di Fitness First KLCC. Kat tingkat atas. Kalau nak sihatkan badan, nak cari stamina ke, nak cantikkan badan jemputlah ke sana ye. Saya boleh bagi tips.” Katanya sinis kepada Azman serta kawan-kawannya memandangkan mereka semua tak punya bentuk fizikal sepertinya.

“Okay..” Jawab Azman perlahan.

“Tapi aku dengar orang yang banyak otot-otot ni anu dia kecil je. Betul ke?” Eddy menyampuk agaknya tak puas hati mendengar kata-kata sinis Zafrul itu.

“Yelah! Mak aku pun cakap macam tu. Sebab tu mak aku tak bagi aku pergi tempat-tempat meletihkan badan macam tu.” Si Shidee menambah.

Mereka yang lain tergelak. Zafrul tak tahu apa nak dijawabnya. Mukanya merah.

        Pertemuan yang tak dirancang dengan lelaki yang pernah memiliki hati Sara itu menimbulkan keresahan dalam sanubarinya memandangkan dari segi zahirnya serba serbi Zafrul punya kelebihan. Sara bersembang dengan Zafrul seketika sebelum kembali menyertai mereka yang menanti. 

XXXXXX

“Berlagak betul si Zafrul tu kan?” Ayu membuka bicara semasa mereka duduk makan Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru yang disenaraikan dalam buku pelancongan Malaysia sebagai tempat makan yang mesti dikunjungi pelancong.

“Saya bekerja sebagai trainer di Fitness First KLCC. Kalau nak kempiskan perut kau yang boroi tu Bad, kalau nak tinggikan diri Lord, nak bengkak bengkikkan badan jemputlah ke sana ye. Saya Shidee boleh bagi tips...” Kata Shidee mengajuk kata-kata Zafrul tadi.

Mereka semua tergelak.

“Nak tinggi pun boleh?” Soal Lord.

“Semua boleh Lord! Ni Zul yang gelap ni pun boleh tukar jadi putih!”

“Itu senang je! Rendam dalam air chlorox, keluar putih berseri ler!” Sampuk Bad pula diiringi dengan gelak ketawa mereka yang ada di situ.

“Mamat tu ingat dia best sangat, kena sedas dengan aku terus senyap, muka tukar colour!” Sampuk Eddy pula.

“Padan dengan muka dia!” Alia bersetuju dengan kata-kata mereka itu. Azman dan Sara yang duduk di hujung meja sekadar mendengar cerita ketidakpuasan hati mereka itu.

“Sara dah jumpa Zafrul tempohari bang.” Akui Sara tiba-tiba.

“Oh! Ye ke. Tak cakap pun. Macamana? Semuanya okay?” Tanya Azman ingin tahu. Hatinya cuak tetapi dia sedaya upaya cuba untuk mengawal perasaan itu agar Sara tak dapat menekanya. Apapun dia bersangka baik kerana dia begitu yakin kepada timbangtara Sara kekasihnya itu. Dia juga tak mahu dilabel lelaki kolot yang mengikat gadis yang tiada ikatan sah dengannya.

“Okaylah. Dia dah jelaskan semuanya.”

“Baguslah tu.” Jawab Azman ringkas.

“Banyak juga yang dapat kami ceritakan, dari kisah bagaimana perhubungan kami terputus hinggalah ke saat ini. Sara macam tak percaya yang kami akan dapat bertemu kembali di saat ini.”

“Jodoh pertemuan di tangan Allah Sara. Kalau ada dalam ketentuanNya pasti korang akan jumpa juga dan kalau ada dalam ketentuanNya kita ada jodoh, takkan kemana.” Itu sahaja ungkapan yang terfikir oleh Azman tatkala itu.

XXXXXX

Akhirnya motor yang telah dua bulan Zafrul tunggu telah tiba. Dia terpaksa pergi ke Kontena Nasional untuk menandatangani beberapa dokumen juga menyelesaikan cukai motor tersebut. Seterusnya dia perlu membawanya ke Puspakom untuk diperiksa sebelum mendaftarkannya dengan nombor pendaftaran Malaysia. Namun demikian dia belum punya masa untuk berbuat demikian. Ia masih lagi menggunakan nombor plat Amerika.

Kehadiran motorsikal Sport Bike Kawasaki ZX10R 1000cc itu berwarna hijau itu membuatkan dia begitu bangga dan yakin motor itu akan membuatkan Sara kembali suka padanya. Pengalamannya berlumba di Amerika membuatkan dia yakin tiada mat rempit yang boleh mengalahkannya. Termasuklah mat rempit bernama Manjoe. Getus hatinya.

“Ai! Apa yang termenung tu lama sangat tengok motor tu.”

“Pa! Ma! Saja. Lama tunggu dia sampai. Macamana set Golf yang Zaf beli untuk papa? Set pinggan mangkuk yang Zaf beli untuk mama tu okay?”

“Bagus! Kat sini mahal semua barang-barang tu.”

“Betul tu Pa. Bike ni pun Zaf beli cuma USD10,000.00, kalau kat sini dekat RM80.000.00. Cukai dia mahal sangat.”

“Ni asyik cerita motor je kamu tu bila nak kahwin? Umur pun dah makin meningkat tu. Dah dekat 30 tahun.”

“Zaf tengah usahakanlah ni Ma. Tak lama lagi kot.”

“Oh ya. Papa nak buat majlis keraian menyambut kepulangan kamu tak lama lagi. Ingat nak buat kat Impian Golf and Country Club over dinner. Nak jamu saudara mara dan semua kenalan. Ajaklah sesiapa yang kamu nak okay. Kalau bawak girlfriend pun lagi bagus.”

“Susah-susah je Papa ni.”

“Apa susahnya kamulah satu-satunya anak kami. Small matter je tu.”

Bersambung...

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

Ikuti FY di Youtube 

Ikuti FY di Facebook


No comments:

Post a Comment

BAB 1 - NOVEL PALING BEST PERNAH ANDA BACA - NOVEL TRILOGI MAN REMPIT 2

BAB 1 Satu ketika dahulu sorotan kisah percintaan luar biasa seorang Mat Rempit bernama Manjoe dengan Sara Yasmin mendapat liputan yang melu...