Sunday, August 15, 2021

BAB 4 - NOVEL PALING BEST PERNAH ANDA BACA - NOVEL TRILOGI MAN REMPIT 2

BAB 4

Setelah bersiap Sara duduk di meja solek dalam biliknya. Dia akan bertemu dengan Zafrul malam ini. Seorang jejaka yang pernah menghuni hatinya dahulu. Sudah lebih enam tahun mereka tak bersua muka. Sebuah kotak kecil baldu berwarna merah itu diambil dan dibukanya. Di dalamnya terletak kemas sebentuk cincin emas yang diberikan Zafrul kepadanya dahulu.

Sara mengacukan cincin itu ke jari manisnya. Dia serba salah samaada ingin memakainya atau tidak. Dia yakin dan pasti yang Zafrul akan bertanya mengenainya nanti. Apakah yang akan terjadi? Bagaimana pula dengan Azman? Semua ini berlegar di benak Sara. Gambaran dua insan, Zafrul dan Azman bersilih ganti di dalam sanubarinya.

XXXXXX

Malam itu Zafrul menjemput Sara dan membawanya makan malam di Hotel Concorde Kuala Lumpur. Hujung minggu begini ramai juga pelanggan yang ada di sana menikmati suasana eksklusif makan malam di hotel 5 bintang itu.

        “Nampaknya Zaf pakai cincin yang Sara bagi tu.” Isu itulah yang masih lagi bermain di benaknya sejak dari rumah tadi. Hati Sara berbelah bagi samaada untuk memakainya cincin pemberian Zafrul atau tidak ketika itu.

        “Untuk pengetahuan Sara Zaf tak pernah membuka cincin ini dari jari Zaf sejak kali pertama Zaf memakainya. Cincin inilah tanda cinta Zaf pada Sara sejak dulu. Ia juga mengingatkan Zaf pada Sara setiap kali Zaf memandangnya.”

        Ayat-ayat sebegitulah yang menyebabkan Sara jatuh hati pada Zafrul satu ketika dahulu dan ayat-ayat itu seakan punya satu kuasa yang menyebabkan Sara merasakan hatinya akan kembali terpaut pada Zafrul seperti mana satu ketika dahulu. Mungkin jarak telah menjauhkan hubungan mereka dan jarak juga yang merapatkan.

        “Zaf nampak Sara tak pakai cincin yang Zaf bagi tu...”

        “Dah lama Sara tak pakai sejak kita terputus hubungan dulu...”   

        “Zaf harap Sara akan kembali memakainya satu hari kelak memandangkan Zaf dah kembali. Kembali ke pangkuan Sara.”

        “Entahlah Zaf.”

        “Apa cerita Sara sejak kali terakhir kita bertemu enam tahun dahulu?”

“Sejak Zaf pergi tanpa berita dahulu hidup Sara menjadi kosong. Zaflah orang pertama yang Sara kenal. Sejak dari tingkatan 1 lagi. Mungkin Sara terlalu muda pada masa itu tetapi terus terang Zaflah satu-satunya insan yang Sara sayangi.”

“Semasa Sara dalam tingkatan 4 dan Zaf di Matrikulasi Zaf semakin jarang menghubungi Sara. Kemudian bila di tingkatan 5 langsung Zaf hilang dari dunia Sara. Sara tak tahu mana Zaf pergi dan Sara tak tahu bagaimana nak menghubungi Zaf lagi pada masa itu. Kali terakhir yang Sara dengar Zaf sudahpun melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.”

“Susah Sara. Pelajaran begitu membebankan dan pada masa tu kita hanya dapat menulis surat. Zaman tu handphone pun tak ada.”

“Kalau nak seribu daya Zaf. Jadi Sara hanya teruskan pelajaran hinggalah Sara dapat menyambungkan pelajaran hingga ke Universiti Malaya hingga tamat.”

“Tiba-tiba entah dari mana Zaf kembali muncul dalam hidup Sara.”

“Macamana Sara rasa?”

“Sara sebenarnya rasa serba salah. Sebab Sara sekarang sudah bersama Azman.  Lagipun Sara dengar banyak cerita negatif pasal Zaf di Amerika tu.”

“Apa yang Sara dengar?”

“Sara dengar Zaf ada banyak girlfriend.” Jawab Sara berterus terang.

“Tak juga Sara. Mereka semua kawan Zaf. Sebenarnya tanyalah mana-mana pelajar yang berada di sana. Perkara pertama yang berlaku ialah kita akan merasai kesepian tanpa sahabat handai, tanpa keluarga. Zaf juga begitu Sara kesepian menyebabkan Zaf mencari teman untuk mengisi kekosongan itu.”

“Lama juga Zaf bertahan bersendirian tetapi pada satu malam jiran Zaf seorang gadis mat saleh yang mabuk kerana putus cinta meminta Zaf ke rumahnya untuk menemaninya. Sesuatu yang tak disangka berlaku dan dari situlah segalanya bermula. Dia kenalkan Zaf dengan parti, hiburan dan sebagainya dia sana.”

“Tapi itu semua cerita lama. Zaf dah lama insaf. Sara nak tahu kenapa Zaf insaf?”

“Kenapa?” Tanya Sara inginkan penjelasan.

“Sebab Saralah. Semua mereka yang Zaf kenal tak dapat mengalahkan rasa cinta Zaf pada Sara. Mereka hanya boleh berikan sesuatu yang berbentuk fizikal tetapi mereka tak dapat berikan sesuatu dari hati yang tulus Sara. Akhirnya Zaf tahu dan sedar yang hanya Sara yang punya semua itu. Bukan hanya Sara cantik, Sara juga punya hati yang suci dan murni.”

Sara terdiam. Kata-kata Zafrul itu membuatkan hatinya cair.

“Itulah cerita Zaf dan itulah kebenarannya. Zaf harap Sara dapat maafkan Zaf atas semua keterlanjuran dan kesilapan yang Zaf lakukan dulu. Zaf masih mentah dan naif ketika itu Sara.” Sambungnya lagi menambah keyakinan Sara.

Sara hanya menggangguk.

“Sara pula bagaimana? Macamana Sara jumpa dengan Azman tu?” Tanya Zafrul inginkan kepastian daripada Sara sendiri.

“Sebenarnya perhubungan kami berlaku secara tak sengaja.”

        “Apa yang buat Sara suka pada Azman tu.” Zafrul cuba mengorek rahsia.

        “Sara rasa keikhlasan dan kejujuran yang ada padanya. Yang nyatanya dia tak pernah ada girlfriend sebelum ini dan hidupnya hanyalah motor dan kawan-kawannya. Dia juga kelakar orangnya.” Sara berterus terang.

        “Ye ke?”

        “Ya. Kalau jumpa dia mesti ada je lawak jenaka yang buat tak kering gusi. Sara pun dah mula belajar serba sedikit. Kalau tak dulu tu skima semacam je. Kalau Zaf nak tahu perkara yang paling best sekali ialah bila dapat naik motor. Dia cekap bawa motor dan bila naik motor dengan dia Sara rasa bebas. Di dalam rumah penuh dengan protokol tetapi di luar Sara rasa bebas. Bebas bila bersama Azman.”

        “Bebas berbuat apa sahaja?”

        “Bukan itu yang Sara maksudkan. Sara tahu hadnya, Sara tahu jaga maruah diri. Azman pun bukanlah seorang yang suka mengambil kesempatan. Dia innocent. Dia juga menjaga Sara dengan baik.”

        “Baguslah kalau begitu.”

Hem, Sara suka naik motor ye. Tunggu. Tak lama lagi motor besar yang aku beli di Amerika Syarikat akan sampai. Masa tu aku akan tunjukkan pada Sara semuanya mengenai motorsikal. Si mat rempit tu akan jadi halus. Detik hatinya.

“Sara, lepas dinner ni boleh tak teman Zafrul ke Hard Rock Cafe kat sebelah ni? Kawan Zaf ada gig kat situ. Diorang ajak datang. Tak sampai hati pulak tak pergi. Lagipun dah sampai kat sini. Zafrul mengumpan.”

Sara serba salah. Memandangkan Zafrul yang memandu dan menjemputnya tadi dia terpaksa akur dengan ajakan Zafrul itu.

“Hem.. boleh juga tapi janganlah lama sangat okay. Besok Sara kerja.”

“Okay. Zaf janji.”

XXXXXX

Kereta Volvo S40 berwarna perak milik ibu Zafrul akhirnya kembali ke masuk ke garaj di hadapan rumahnya. Malam agak lewat namun begitu bapa Zafrul masih lagi belum tidur kerana menyiapkan beberapa kerja penting pejabat yang perlu diselesaikannya.

“Kamu kemana tadi Zaf?” Tanya bapanya sebaik dia melangkah masuk ke ruang tamu tumahnya itu.

“Zaf keluar dinner dengan Sara Yasmin tadi Pa.” Jawabnya.

“Sara Yasmin?”

“Macamana perhubungan  kamu dengan dia?”

“Biasalah Pa. Cinta lama. Macam pergi ke tempat kita biasa pergi.” Kata Zafrul yang masih berdiri di meja konsul meletakkan kunci, handphone, wallet, membuka jam dan cincin di jarinya.

“Ceritalah pada Papa..” Pinta bapanya yang ingin tahu

“Kejap Zafrul buat air dulu. Papa nak minum apa?”

“Buatkan Papa nescafe boleh?”

“Nescafe tarik dua siap!” Kata Zafrul sambil melangkah menuju ke dapur. Sekembalinya dengan dua gelas besar nescafe Zafrul menceritakan kisah pertemuannya dengan Sara.

Pintu bilik Tan Sri Samad Pengerusi Syarikat Waja Holdings itu diketuknya.

“Masuk!” Kedengaran suara Tan Sri Samad yang agak garau memberi arahan.

Pintu tersebut dikuaknya. Lelaki separuh umur itu melangkah masuk.

“Ada apa Ishak? Kereta hari tu okay?” Tanya Tan Sri Samad.

“Okay. Saya ada perkara nak cakap dengan Tan Sri ni. Personal Issue.”

“Tak apa kita boleh cakap di sini.”

“Tan Sri ingat tak anak saya yang beli kereta hari tu?”

“Zafrul yang baru balik dari US tu?”

“Ya.”

“Kenapa dengan dia?”

“Untuk pengetahuan Tan Sri, dia sedang menjalinkan perhubungan dengan Sara Yasmin. Anak Datuk Halidi tu. Lagipun Sara Yasmin memang kekasih Zafrul sejak sekolah menengah dulu.”

“Oh! Itu berita baik!”

“Jadi, apa cadangan kamu?”

“Terpulanglah pada Tan Sri nak buat apapun. Saya akan cuba membantu mana yang terdaya.”

“Baiklah. Ini peluang baik untuk saya membalas dendam dengan Azman dan budak rempit yang menyusahkan keluarga kami tu. Si Halidi pun dah berpaling tadah semenjak bertemu dengan budak Azman tu. Nampaknya ada peluang terbuka untuk kita lakukan sesuatu. Sebagai permulaan kita cuba pisahkan Sara Yasmin dengan Azman. Biar mereka berdua merana dan berputih mata. Kalau Farid tak dapat Sara Yasmin, biar Azman juga merasai hakikat yang sama. Pasal Datuk Halidi serahkan sahaja pada saya.”

“Okay. Saya akan sampaikan hajat itu pada Zafrul.”

“Kalau kamu perlukan apa-apa bantuan beritahu saya.”

“Baiklah Tan Sri.”

XXXXXX

Kereta Honda Intergra Hijau itu dinyalakan enginnya. Bunyinya menderum. Zafrul keluar dari rumah tiga tingkat Semi D di Bandar Sri Damansara malam itu dengan satu misi. Dia mahu mencari seorang mat rempit bernama Azman atau lebih dikenali sebagai Manjoe. Dia tahu Manjoe melepak di Bangsar. Maka ke situlah hala tujunya.

Dia terus sahaja meneruskan perjalanannya ke sana. Tiba di Bangsar Utama dia bertanya mengenai Manjoe kepada Mat Rempit yang sedang melepak di sebuah gerai menjual burger. Mereka mengarahkannya ke Jalan Telawi Bangsar Park. Mereka mengatakan yang Manjoe selalunya melepak di gerai mamak di situ. Dia memakai motor Yamaha 125Z berwarna kuning dan punya helmet yang juga sama warnanya.

Tibanya di  situ, dia terus meletakkan kereta Honda Intergra Hijau itu di tepi jalan di bawah sepohon pokok Sena yang besar sambil memerhati dari jauh. Banyak burung gagak yang hinggap di atas pokok sana. Najis burung-burung itu bertompokan di atas jalan raya.

Dari jauh Zafrul nampak Azman dengan kawan-kawannya yang sedang melepak minum teh di gerai mamak itu. Dia hanya memerhatikan gelagat Manjoe dan kawan-kawannya itu. Dalam hatinya dia berharap Azman akan memandang ke arahnya. Dia mahu bertentang mata.

Berderau darah Azman bila ternampak kelibat kereta Honda Intergra hijau itu. Dia yakin kereta itulah yang menjadi penyebab kematian adiknya. Seakan dia ternampak hantu. Semua memori lama kisah kemalangan Johari adiknya itu menerjah mindanya. Manik-manik peluh mula membasahi dahinya. Tubuhnya terasa seram sejuk setiap kali angin malam bertiup menerjah. Suara bicara dan gelak tawa kawan-kawannya tiba-tiba seakan lenyap tidak lagi kedengaran. Takkan Farid telah keluar dari penjara begitu cepat. Desis hatinya menyoal.

Matanya cuba fokus pada pemandu kereta tersebut. Namun cermin gelap kereta itu menghalang pandangannya. Firasatnya yakin pemandu kereta itu sedang memerhatikannya. Beberapa detik berlalu, Azman tak puas hati lantas bangkit melangkah menuju ke arah kereta Honda Intergra Hijau yang pernah membawa bencana kepada keluarganya dulu.

Pada detik itu dikala Azman bangkit dari tempat duduknya melangkah barulah Lord dan yang lainnya menoleh.

“Kereta tu! Kereta tu!” Lord menunjukkan jari telunjuknya ke arah kereta Intergra Hijau itu. Mereka semua bangkit mengekori Azman.

Belum sempat berbuat apa-apa kereta itu bergerak pantas. Bunyi tayarnya berdecit panjang. meninggalkan tempat itu dalam keadaan Azman serta kawan-kawannya yang terpinga-pinga. Asap putih berkepul mengekori perjalanan kereta tersebut.

Mereka berlari-lari anak dan berhenti berdiri di tepi jalan tempat kereta itu diletakkan tadi.

“Siapa tu Manjoe?” Tanya Lord.

“Entah! Mana aku tahu.” Nafas Azman laju mencungap-cungap. Hatinya masih berdebar. Jantungnya berdegup pantas.

 “Tak mungkin Farid. Takkanlah dia keluar begitu cepat...” Kata Eddy.

“Mungkin juga. Bapa dia Tan Sri. Manalah tahu...” Kata Lord.

“Mungkin ada konco-konconya yang datang nak membalas dendam.” Shidee pula membuat andaian.

Hati Zafrul puas. Misinya tercapai. Segala perancangannya berjalan dengan lancar. Dia telah dapat melihat ketakutan dan kegundahan yang ada dalam hati saingannya. Azman Affandi. Misi kedua akan menyusul tak lama lagi.

Bersambung...

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

Ikuti FY di Youtube 

Ikuti FY di Facebook


 

No comments:

Post a Comment

BAB 1 - NOVEL PALING BEST PERNAH ANDA BACA - NOVEL TRILOGI MAN REMPIT 2

BAB 1 Satu ketika dahulu sorotan kisah percintaan luar biasa seorang Mat Rempit bernama Manjoe dengan Sara Yasmin mendapat liputan yang melu...