Sunday, August 15, 2021

BAB 6 - NOVEL PALING BEST PERNAH ANDA BACA - NOVEL TRILOGI MAN REMPIT 2

 BAB 6


“Birthday Sara minggu depanlah. Aku tak tahu nak belikan apa untuk dia. Bajet pun nipis. Korang ada idea tak?”

“Lukislah potret dia, kau kan pandai melukis!” Saran Lord.

“Aku dah banyak bagi hadiah lukisan aku tu pada dia. Takkanlah nak bagi lagi. Takut dia bosan pulak nanti.”

“Apa kata kita buat small gathering pot luck kat Tasik Perdana. Sorang bawak makanan sorang sikit. Kita buat barbeque celebrate birthday dia? Kita buat surpriselah. Jangan bagitahu dia. Macamana?” Shidee memberikan saranannya yang bernas.

“Okay jugak idea kau tu Shidee. Kawan-kawan macamana?”

“Kitorang okay je bro’. Kengkawan punya pasal apa salahnya. Lagipun Sara pun geng kita jugak.” Jawab Bad.

“Tapi aku masih tak ada idea nak bagi hadiah apa pada dia. Dia tu semua benda dia ada. Tu yang buat serba salah tu.”

“Dia tak ada cakap dia perlukan apa-apa?” Soal Lord.

“Jap aku fikir. Hem...”

“Hah! Dia ada kata dia minat kat handphone yang baru tu. Handphone yang banyak punat tu.”

“Owh! Handphone QWERTY board tu. Yang boleh taip macam komputer tu kan.”

“Ni ha Handphone macam aku punya ni. Lord mengeluarkan handphone Blackberry yang terkini berwarna perak berkilat.”

“Potonglah lu ni Lord. Senyap je lu beli handphone baru.”

“Ha! Telefon macam nilah.” Azman menekan suara mengesahkan.

“Kau jangan nak buat pasal ni harganya dekat RM2,000.00 tuh!”

“Apa ada RM2,000.00 demi cinta ye tak?”

“Woit! Agak-agaklah. Dua bulan gaji aku tuh! Bonus lambat lagi pulak tu. Mesti ada model lain ye tak?”

“Ada. Kalau kau nak Nokia punya yang baru tu pun okay jugak. Kamera dia 5 megapixel, Memori 4 gigg, Wi fi semua lengkap boleh surf internet macam ni jugaklah lebih kurang.”

“Berapa harga dia?”

“Dalam RM1,300.00. Kalau AP set boleh dapat murah lagi.”

“RM1,300.00? Azman menggaru kepalanya yang tak gatal. RM1,000.00 adalah satu jumlah yang banyak. Ia mengambilnya paling kurang 3 bulan untuk dia mengumpul duit sebanyak itu.” Desis hatinya.

“Hem. Nantilah aku fikirkan.”

“Tak payah pikirlah bro’. Demi cinta. Beli jer. Khairul menyampuk.”

“Tengoklah nanti. So birthday party kat Tasik Perdana tu on tak?”

“On. Nanti kitorang tolong setelkan. Dia suka kek apa ye?” Kedua bebola mata Alia memandang pada Azman.

“Cheese cake dengan mangga kat atas.”

“Okay! Setel!” Alia riang mendengar jawapan itu.

“Hujung minggu ni kan?” Soal Ayu pula.

“Ha’ah.”

“Pukul berapa?”

“Petanglah dalam pukul 3.00.”

“Okay. Set!”

XXXXXX

Motorsikal Kawasaki ZX10R buatan Jepun yang baru tiba dari Amerika Syarikat itu dicuci Zafrul. Ekzos 4 dalam 1 berjenama Yushimura yang besar itu dilapnya berkilat. Hatinya puas. Bangga. Sedari pagi dia bangkit mencuci motor yang masih lagi menggunakan plat nombor Illinois itu. Satu habukpun tak kelihatan. Ia berkilat bersilauan terkena sinaran mentari pagi.

Telefon bimbit yang diletakkan di meja konsul di ruang tamu rumahnya berdering. Dia terus sahaja berlari meninggalkan motor kesayangannya itu. Zafrul mengangkat telefon bimbitnya yang sejak tadi berdering.

“Hello.”

“Yes bro! Apa cerita baru?”

“Birthday? Bila?”

        “Okay. “

“Dia nak belikan apa?”

“Handphone Nokia tu?”

“Okay. No hal. Nanti aku setelkan.”

“Lelain?”

“Cheese cake mangga?”
“Okay.”

“Thanks for the info bro! Keep me updated okay!”

“Bye.”

Zafrul meletakkan telefon bimbitnya. Tersenyum 

Lawaklah si Manjoe ni. Nak buat Birthday Party Sara kat Tasik Perdana. Pot Luck pulak tu. Lepas tu nak belikan handphone murah. Tak ada kelas langsung mat rempit ni. Zafrul ketawa mendengar berita itu. Dalam akal fikirannya dia terus sahaja merancang sesuatu. Telefon bimbitnya didail.

“Hello Sara...”

“Birthday Sara hujung minggu ni kan?”

“Mana Zaf tahu?”

“Ish! Takkanlah Zaf tak ingat pulak birthday girlfriend Zaf pulak. Anyway, Zaf ada surprise untuk Sara. Kita jumpa hujung minggu ni pukul 2.00 okay. Nanti ajak kawan Sara sekali. Kita celebrate bersama. Okay?”

“Setakat ni Sara freelah.”

“Okay! Kita jumpa Ahad ni. Sabtu Zaf call balik for the arrangement. Okay!”

“Okay...” Jawab Sara perlahan berbelah bahagi.

Sara termenung di atas katil biliknya. Dia terkejut setelah sekian lama berpisah Zafrul masih mengingati hari lahirnya dan cukup prihatin untuk menyambut harijadinya bersama kawan-kawannya. Azman pula masih tak berkata apa-apa. Mungkinkah dia tidak mengingati hari lahirku. Sara membuat andaian.

Sara mengambil keputusan untuk memberitahu kawan baiknya Nadia dan juga Nisha sebagai persediaan awal hujung minggu ini.

XXXXXX

“Suraya, beritahu boss Man balik lambat sikit okay! Nak ke Seksyen 14. Ada hal sikit.”

“Alah, kau balik lambat pun boss bukannya marah.” Ejek Suraya penyambut tetamu Syarikat Advance Forward Supplies tempat Azman bekerja.

Dia mengambil keputusan untuk mengeluarkan duit simpanan ASBnya ( Amanah Saham Berhad ) dari bank dengan satu tujuan. Dia sudah nekad dan membuat keputusan untuk membelikan Sara handphone Nokia yang berharga RM1,000.00 itu. Padanya inilah hadiah yang paling mahal yang pernah dibelinya. Demi cintanya pada Sara dia sanggup berbuat demikian dengan harapan Sara akan menghargai pemberiannya itu.

Setelah mengeluarkan duit, dia terus sahaja menuju ke Digital Mall di Seksyen 14, Petaling Jaya. Di situ pelbagai alat telekomunikasi dan alatan digital dijual dengan harga yang agak murah. Setibanya di sana dia berjalan dari satu kedai ke satu kedai yang lain memerhati, bertanya dan membandingkan harga. Setelah berpuas hati diapun membeli telefon bimbit tersebut. RM1080.00 jumlah yang perlu dibayarnya setelah mendapat persetujuan harga.

Azman berpuas hati dengan pembeliannya itu. Dia kemudiannya singgah di sebuah kedai cenderahati yang berdekatan untuk membeli kertas pembalut hadiah berserta kad harijadi untuk dihadiahkan buat Sara. Kembali ke pejabat dia membalut hadiah tersebut dan menulis kad yang cantik berbunga itu istimewa buat kekasihnya itu. Hatinya berbunga-bunga dengan harapan yang menggunung yang Sara akan gembira menerima hadiah tersebut darinya hujung minggu ini. Padanya inilah salah satu pengorbanan yang dapat dilakukannya sebagai tanda kasih sayangnya buat Sara.

Bersambung...

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

Ikuti FY di Youtube 

Ikuti FY di Facebook


No comments:

Post a Comment

BAB 1 - NOVEL PALING BEST PERNAH ANDA BACA - NOVEL TRILOGI MAN REMPIT 2

BAB 1 Satu ketika dahulu sorotan kisah percintaan luar biasa seorang Mat Rempit bernama Manjoe dengan Sara Yasmin mendapat liputan yang melu...