Sunday, August 15, 2021

BAB 3 - NOVEL PALING BEST PERNAH ANDA BACA - NOVEL TRILOGI MAN REMPIT 2

BAB 3

Petang itu ramai juga yang berkunjung di taman tasik berdekatan Kompleks PKNS di Shah Alam ini. Pelbagai aktiviti yang dilakukan pengunjungnya. Ada yang berjoging, bersiar-siar, ada juga yang membawa anak mereka bermain di taman permainan yang disediakan malah ada juga yang sedang menaiki bot dan berkayak.

Azman bersama Sara duduk di bangku di tepi tasik bersantai sambil memerhatikan gelagat manusia yang pelbagai itu.

“Sara ada satu perkara yang nak beritahu pada abanglah.” Sara tiba-tiba menukar topik perbincangan mereka yang berkisar tentang kerja sekejap tadi. Riak wajahnya berubah. Dahinya berkerut.

“Apa dia Sara?” Tanya Azman yang dapat merasakan kelainan pada tona suaranya sebentar tadi.

“Sebelum itu maafkan Sara kalau apa yang bakal Sara katakan ini menjejaskan emosi abang dalam apa cara sekalipun. Ini kerana Sara tak berniat untuk menyinggung perasaan abang walau macamana sekalipun.”

        Hati Azman sedikit gelisah akan persoalan yang bakal diutarakan.

        Sara mendiamkan diri seketika. Hatinya berbelah bahagi.

        “Sebenarnya dulu sebelum Sara kenal dengan abang, Sara ada seorang boyfriend yang Sara kenal sejak di bangku sekolah menengah.” Ujarnya membuka bicara.

        “Nama dia Zafrul. Pada masa tu Sara dalam tingkatan 3 dan dia pula dalam tingkatan 5. Dia seorang yang baik dan caring. Kami saling menyayangi. Kemudian selepas matrikulasi dia dapat melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat. Pada masa itu kami nyaris bertunang tetapi tidak dipersetujui keluarga kerana kami masih muda. Jadi kami ada bertukar cincin sebagai tanda perhubungan kami itu.”

“Namun demikian ia tak lama. Di sana Sara dengar dia terkena kejutan budaya dan hidup bagai seorang Mat Saleh. Semenjak itu hubungan kami terputus dan Sarapun mengambil keputusan menanggalkan cincin tersebut tidak memakainya lagi.”

        “Entah macamana minggu lepas Sara dapat panggilan telefon darinya. Dia dah kembali ke tanah air. Dia mengakui kesilapannya, dia telah insaf dan meminta maaf pada Sara. Dia telah menjelaskan segalanya. Dia sebenarnya tak bersalah. Dalam kesepian jauh dari Sara, sahabat handai serta keluarga dia telah terjebak.”

“Hati Sara jadi serba salah. Jadi keliru. Sara pun tak tahu apa yang sedang berlaku dalam hati ini bang.”

        “Orang kata cinta di bangku sekolah tu cinta monyet Sara...”

“Kalau cinta monyet takkan begini jadinya. Terus Terang Sara tak tahu apa yang hendak difikirkan masa ini.”

Azman mengusap lembut tangan Sara. Dia serba salah. Dia juga tak tahu apa yang hendak diperkatakan. Hatinya gentar. Takut kehilangan Sara. Perhubungan cinta yang dibina selama ini nampaknya tergugat, bergegar dengan kehadiran insan bernama Zafrul ini. Siapakah sebenarnya Zafrul. Azman bertekad untuk menyiasat.

“Ada seperkara lagi bang. Dia mengatakan hasrat untuk bertemu dengan Sara hujung minggu ni.

“Sara nak pergi ke?” Soal Azman.

“Tak tahulah. Apa pendapat abang?”

Azman terkedu dia tak tahu apakah jawapan yang sesuai yang harus diberikan. Kalau tak izinkan ia mungkin akan menjejaskan Sara. Mungkin juga Zafrul ingin bertemu untuk menutup cerita perhubungan mereka. Setelah membuat pertimbangan, pada Azman demi kebahagiaan Sara lebih baik sahaja dia benarkan. Agar Sara boleh buat pilihan yang terbaik buat dirinya agar dia tak menyesal di satu masa kelak.

“Abang rasa terpulanglah pada Sara. Abang nak Sara bahagia. Kalau Sara bahagia abang juga akan turut bahagia biar apapun pilihan Sara. Lagipun abang bukan suami Sara. Abang tak ada hak untuk menghalang. Kalau dah jadi suami nanti lain cerita.” Bisik Azman seraya menguntum senyum.

“Ni yang buat Sara sayang pada abang ni. Abang jangan risau okay. Sara sayang pada abang seorang jer.” Kepalanya dilentukkan ke bahu Azman. Bau wangi rambut Sara menusuk lembut masuk ke rongga hidung Azman. Membawa kebahagiaan di hatinya.

XXXXXX

Ramai juga pengunjung di KLCC petang itu. Hujung minggu begini KLCC sering menjadi tempat kunjungan pekerja asing dari Bangladesh, Nepal, Indonesia, Vietnam, Filipina dan sebagainya. Sara, Nadia dan Nisha duduk mium di Restoran Dome di tingkat bawah KLCC menghadap kolam air pancut yang besar itu. Mereka baru sahaja selesai membeli belah.

        “Macamana kolej? Okay tak?” Tanya Sara memandang kedua-dua kawannya itu masih lagi menyambung pengajian kerana gagal satu kertas di semester akhir dahulu.

        “Okay.. Tapi you tak ada tak best lah. Charlie’s Angels tak complete.” Jawab Nadia.

Actually ramai jugak yang repeat paper. Biasalah tu.” Nisha menjelaskan.

“Tak apalah. Lambat sikit je graduate.

“Macamana kerja. Okay ke?” Tanya Nadia pula. Air Vanilla milkshake itu diminumnya.

Busy. Selalu kena On Call. Nasib baik kena posting kat Hospital Universiti. Buatnya kena kat Sabah ke Perlis ke mahu pening kepala dibuatnya.

I dengar peminat you Lan pun ada kat situ kan?”

“Bukan peminat I lah. Dia dah ada minat yang baru.”

“Ye ke? Siapa?

“Sekejap, I ada something to pass to you.” Sara membuka beg tangannya. Kad merah hati yang diamanahkan oleh Azlan untuk disampaikan kepada Nadia diambilnya lantas dihulurkan kepada Nadia. Nisha pula terpinga-pinga.

“Apa dia ni Sara?” Soal Nadia yang agak terkejut dengan kad yang berada di dalam tangannya itu.

“Bukalah baca.”

Nadia membuka kad merah hati itu lantas membaca isi kandungannya. Rona mukanya berubah. Sekejap kemudian dia menguntum senyum. Kemudian tersengih.

“Sapa bagi kad tu Sara?” Tanya Nisha ingin tahu.

“You tanyalah tuan punya badan.”

“Siapa bagi Nadia? Nak tengok.” Pinta Nisha pula.

“Ehhh! Tak boleh! Ini personal.” Kata Nadia sambil memasukkan kembali kad itu ke dalam sampulnya.

“Siapa bagi? Bagitahulah...” Rengek Nisha.

“Peminat Nadia. Doktor Azlan!”

“Azlan???”

“Yup!” Sahut Sara ringkas.

“Okay apa... Hensem dan gagah perkasa. I suka orang yang begitu.” Jawab Nadia yang mengesahkan penerimaannya kepada Azlan.

“Apa kata dia?” Nisha masih lagi ingin mencungkil cerita.

“Rahsialah.”

“Alah, bagilah sinopsis sikit.”

“Dia kata dia dah lama perhatikan I, suka kat I tapi dia malu. Lepas tu dia ajak keluar kalau I free nak berkenalan lebih lanjut. Dia ada bagi nombor handphonenya suruh I call.”

“Apa lagi. You pun bukan ada sesiapa.” Ujar Sara.

“Yelah! Nanti I callah.”

“Tinggallah I seorang nampaknya yang masih solo molo!”

“Rilekslah Nisha tak lama lagi adalah yang memikat tu. Bakal doktor, cantik pulak tu.”

“Betul tu. You pulak apa cerita Sara?”

        “Okay dengan Azman tu?”

        So far so good. Tapi something came up recently.”

        “Masalah?” Berkerut dahi Nadia.

        “Tak tahulah. Mungkin jugak.”

“Apa dia, sharelah dengan kami. Mana tahu kitorang boleh tolong.” Nisha cuba memberikan saranannya.

        “You all ingat pada Zafrul tak?” Sara membuka rahsianya.

        X boyfriend you dulu tu?” Tanya Nadia.

“Ha’ah! Dia dah datang balik.”

        “Ye ke ni? Bila?”

        I thought dia kat USA?”

        “Tulah. Dia ah balik sebulan yang lepas dan minggu lepas dia call I... Nak jumpa I balik.” Terang Sara.

        “Should I go or not? Kasihan pulak pada Azman.” Sambung Sara lagi yang jelas serba salah.

        “Laa. Pergilah. Apa salahnya. Korang bukannya dah kahwin... Kalau agak-agak takut melukakan hati Azman, jangan bagitahu dia yang you jumpa Zafrul.” Nadia menyatakan pendapatnya.

        “Kalau II pergi jer. Berkawan biar ramai, berkasih biar satu..” sambung Nisha pula.

XXXXXX

        “Lord aku nak tanyalah, kau pernah dengar nama Zafrul tak?” Tanya Azman sebaik sahaja duduk meneyertai kawan-kawannya di gerai mamak di Bangsar Park itu.

        “Zafrul? Budak mana tu? Kenapa kau tanya?” Soal Lord kembali padanya.

“Dia x-boyfriend Sara.”

“Hah! Sara pernah ada boyfriend? Tak pernah cerita pun?” Shidee seakan terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut Azman itu.

“Tak boleh jadi ni.” Ujar Eddy.

“Mana dia kenal?’ Tanya Lord.

“Masa kat sekolah dulu, cinta lama dia.”

“Old flame die hard bro!”

“Apa tu bro’?”

“Maknanya api cinta yang membara walaupun kecil sukar nak dipadamkan. Bahaya tu. Menurut kajian 30 peratus kes cerai di Australia disebabkan laman web Facebook dan kebanyakan disebabkan kes bertemu kekasih lama.”

“Ye ke...” Azman terkesima dengan kenyataan Lord itu.

        “Ceritalah apa yang dah jadi?” Pinta Bad pula.

        Azman pun mula bercerita dari mula hingga akhir akan kisah Zafrul.

“Apa pendapat korang?” Tanya Azman setelah menceritakan perihal Zafrul pada kawan-kawannya itu.

“Kau benarkan Man? Kalau aku sorilah. Langkah mayat aku dulu. Dulu Farid, Azlan sekarang Zafrul pulak.” Ujar Eddy dalam nada geram.

“Daripada dia jumpa mamat tu kat belakang aku, aku rasa lebih baik aku tahu. Lagipun mungkin ada perkara yang hendak diorang setelkan.”

“Betul jugak tu tapi semua ini ada kebaikan dan keburukannya. Ada risiko Manjoe.” Terang Lord.

“Aku tahu tapi aku serba salah. Bagi salah tak bagi pun rasa salah jugak. Sebab tu aku nak siasat siapa Zafrul ni. Korang tolong aku okay. Nama dia Zafrul, duduk kata Bandar Seri Damansara, baru balik USA. Itu aje maklumat yang aku tahu buat masa ni.”

“Bisa diatur bro’.” Ujar Lord memberi keyakinan.

“Err... Saya kenal Zafrul tu... Tak semena-mena Khairul yang dari tadi diam bersuara. Mungkin dia rasa serba salah.”

“Kau kenal bro’. Apasal tak cakap tadi?”

“Kenal. Aku sama sekolah rendah dengan dia dulu. Tapi dah lama putus hubungan.”

“Apa yang kau tahu pasal dia?”

“Dia duduk Bandar Sri Damansara. Keluarganya sederhana sahaja. Anak tunggal. Apapun dia ni budak baik. Kat sekolah dulu pun dia Ketua Pengawas Sekolah. Murid contoh. Lepas sekolah menengah dia dapat masuk matrikulasi 2 tahun sebelum terbang ke Amerika Syarikat.”

“Oh! Ye ke?”

“Anak manja kot!”

“Kau ada contact dia lagi?”

“Tak ada. Aku pun tak berapa baik dengan dia sebenarnya.”

“Yelah! So apa yang kau nak risaukan Manjoe?”

“Risau jugaklah. Budaknya baik, loaded, pandai, ada semangat kepimpinan. Aku apa ada?”

“Betullah Man! Kau tu muka dahlah buruk, perangai buruk, tulisan pun buruk aku tengok!” Bad menyakat. Mereka semua ketawa.

“Adoi! Bad! Kau tu lidah dahlah pendek! Banyak cakap lah pulak!” Azman membalas kutukan Bad itu.

“Tak apa! Kau ada hati bro’! Siap ada hati Sara lagi! Apa mau takut?” Shidee menyampuk cuba menghilangkan kerisauan yang mula menular di hati Azman sambil mententeramkan keadaan.

Bersambung...

“Apa minah tu buat Mal?

“Dia tengah tidur. Berapa hari dia dah tak tidur tu. Kejap menangis, kejap ketuk pintu, kejap menjerit aku pun tak tahulah. Bukan sesiapa boleh dengar pun.” Jawab Kamal salah seorang dari lelaki yang menahan Sara.

“Apa Zafrul nak buat dengan gadis ni? Berapa lama kita nak tahan dia ni?” Tanya Kamal pula.

“Dia sebenarnya suruh tahan minah ni sebagai jaminan supaya Manjoe kembali berlumba.”

“Manjoe mat rempit yang terkenal tu? Aku ada baca novel cerita dia. Sedih cerita tu. Aku ingat cerita tu cerita fiksyen.” Kamal menerangkan.

“Yelah. Nilah Sara minah cun yang mencintai Manjoe tu.”

“Ye ke. Memang cun minah ni. Cun gila! Aku pun geram tengok!”

“Sebenarnya dia bukan sekadar nak berlumba. Dia ada perancangan nak hapuskan terus mamat tu. Masa berlumba nanti kalah menang dia dah upah Khairul menunggu untuk melanggar Manjoe dan nampakkan macam kemalangan.”

“Bila Manjoe dah setel dia datang sini pura-pura belasah kita dan selamatkan Sara. Minah tu sure cair punya. Mana taknya hero datang selamatkan dia. Lepas tu pulak buat-buat sedih, beritahu Sara, Manjoe mati kemalangan dan dia dah cuba selamatkan tapi tak berjaya. Zafrul dapat gadis, kita dapat duit! Masyuk!!!”

“Mana dia dapat duit banyak bayar semua ni ha?”

“Kau tak tahu ke?”

“Tak?”

“Tan Sri Samadlah yang bagi.”

“Lumayan siyot! Kerja sikit ni RM10,000.00 seorang dia bagi kau tahu.”

“Huiyoo.. Kenapa dia nak buat semua tu?”

“Laa.. Apa lah kau ni bengap sangat!”

“Takkan kau tak baca berita dulu?”

“Aku tak tahulah.”

“Manjoe ni menjadi penyebab anak dia dimasukkan ke penjara dulu. Dia ni nak membalas dendam. Sebab tu dia sanggup buat semua ini.”

“Ohhh! Sama macam dalam cerita novel tulah... Ah! Tak kesahlah janji masyuk! Kerja senang habuan banyak!” Kata Kamal dengan nada ceria.

“So bila kita akan dapat habuan tu?” Soalnya lagi.

“Patutnya dah setel ni tapi ada masalah sikit.”

“Kenapa pulak?”

“Zafrul kalah, dia terbabas terlanggar seorang perempuan kat Hotel Concorde. Manjoe pulak selamat. Mamat Khairul Anuar yang sepatutnya melanggar Manjoe tu accident! Mati!”

“Habis tu macamana kita ni?”

“Sabarlah aku dengar Zafrul akan hapuskan Azman dari muka bumi ni malam ni. Dia ada tunjukkan pistol Revolver Colt 9 mm dia pada aku hari tu.”

“Gila mamat tu. Memang brutal.”

“Tulah. Weh! Pergilah keluar beli makanan. Dah lapar ni. Belikan untuk minah tu sekali.”

“Okay! Okay! Macam biasa? Nasi goreng?”

“Yelah! Apa lagi.”

Lelaki yang bernama Kamal itu keluar. Bunyi dentuman pintu jelas kedengaran.

Sara yang mencuri dengar semua perbualan itu terkejut. Barulah semuanya jelas sekarang. Semua yang dikatakan Azman dan Khairul Anuar dahulu mengenai Zafrul benar belaka. Barulah dia tahu betapa Zafrul merupakan seorang yang kejam hatinya. Barulah dia tahu yang Tan Sri Samad terbabit dalam hal ini dan yang penting sekali barulah dia sedar betapa Azman sanggup berkorban apa sahaja untuknya.

Padanya sekarang dia perlu mencari helah untuk melarikan diri. Dia perlu mencari Azman dan memberi amaran padanya tentang rancangan jahat Zafrul. Dia juga mahu memohon maaf kepada Azman kerana dia telah tersilap membuat pilihan. Buat masa ini dia hanya dapat berdoa dan berserah kepada Allah Taala semoga semuanya selamat.

XXXXX

        Kamal menunggu nasi goreng yang dipesannya sambil minum teh-o- ais limau di restoran yang terletak berdekatan dengan kondominium itu sambil menonton televisyen. Tiba-tiba segmen mengenai pencarian Sara diudarakan. Hatinya berdegup laju dan dia menjadi pucat. Hatinya berbelah bahagi.

        Bagaikan empangan pecah barulah dia perasan akan poster pencarian Sara yang terpampang di Restoran itu. Kemudian bila dia menoleh ke arah kenderaan, kereta dan motorsikal dia nampak poster dan stiker yang sama. Kamal menjadi gelabah.

        Dia terus sahaja bangun meninggalkan restoran itu tanpa membayar mahupun mengambil pesanannya. Sepanjang perjalanan di kiri kanan poster Sara itu seakan menghantuinya. Malah di dalam lif kondominium itu juga terdapat poster tersebut. Dia langsung tak perasan akan poster itu sebelum ini.

        Pintu apartmen kondo yang diigunakan untuk menahan Sara diketuknya berkali-kali.

“Sam! Sam! Buka pintu ni! Cepat!”

“Kenapa kau ni Kamal? Macam nampak hantu pulak.”

“Sam kita kena lepaskan minah tu.”

“Kenapa pulak kau ni. Kita kena belah, kalau tak naya kita nanti.”

“Meh sini aku tunjuk pada kau...” Kamal membawa Sam keluar dan menujukkan stiker-stiker dan poster-poster yang terpampang di sini sana.

XXXXXX

“Ada berita pasal Sara Man?” Tanya Shidee.

“Setakat ni tak ada lagi. Datuk Halidi pun nampak tak menentu sebab anak dia tak jumpa lagi. Dia dah buat laporan polis pun. Aku dah cakap pada dia aku sedang cuba sedaya upaya.”

“Aku pun tak tahu nak buat apa lagi. Satu Malaysia rasanya dah tahu pasal kehilangan Sara ni dan satu Malaysia juga tengah mencarinya.”

“Yelah! Mana ada kes culik yang jadi macam ni. Sampai bersepah poster Sara Yasmin dilekatkan merata-rata. Okay Man dah siap!” Kata Shidee sebaik memasang semula badan motorsikal CBR900RR itu. Tiub radiator yang pecah itu telah diperbaiki. Azman membaiki motor itu kerana dia mahu memulangkannya semula kepada Lord. Dia mahu memulangkannya dalam keadaan yang baik. Bunyi telefon bimbit yang tiba-tiba berdering di tangannya terus sahaja diangkatnya.

“Manjoe!”

“Zafrul!” Terkejut Azman mendengar suara Zafrul di hujung talian sana.

“Seperti yang aku janjikan aku dah keluar dan aku mahu bertemu dengan kau pasal Sara. Ini bakal merupakan perhitungan kita yang terakhir. Kau bernasib baik sebab aku terbabas malam tu. Kalau tidak kau pasti kalah! Datang seorang. Kalau tidak, aku tak akan beritahu kau dimana Sara berada dan kau mungkin akan kehilangannya buat selama-lamanya. Jumpa aku jam 8.30 malam ni, dekat padang permainan di Pandan Indah.” Talian terputus. Zafrul meletakkan telefonnya.

BERSAMBUNG....

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

Ikuti FY di Youtube 

Ikuti FY di Facebook


 

No comments:

Post a Comment

BAB 1 - NOVEL PALING BEST PERNAH ANDA BACA - NOVEL TRILOGI MAN REMPIT 2

BAB 1 Satu ketika dahulu sorotan kisah percintaan luar biasa seorang Mat Rempit bernama Manjoe dengan Sara Yasmin mendapat liputan yang melu...