Sunday, August 15, 2021

BAB 17 - NOVEL PALING BEST PERNAH ANDA BACA - NOVEL TRILOGI MAN REMPIT 2

 BAB 17


Laporan Polis yang dilakukan oleh Lord telah menyebabkan Zafrul ditahan reman bagi membantu siasatan atas kemalangan yang menimpa Marissa berdekatan Hotel Concorde Kuala Lumpur. Ia dikategorikan di bawah kes langgar lari. Motornya juga telah dikompaun di sana.

Mengetahui keadaan ini Azman diitemani rakan-rakannya menuju ke Balai Polis Dang Wangi untuk bersemuka dengan Zafrul. Mereka mahu tahu dimana Sara ditahan.

“Zafrul, mana Sara! Baik kau beritahu aku sekarang kalau kau nak selamat! Kau dah janji akan lepaskan dia.” Tempik Azman dengan nada geram tatkala bertemu Zafrul.

“Sabar Man. Perhitungan kita masih belum lagi selesai. Kau bernasib baik malam tu. Tunggulah sampai aku keluar tak lama lagi... Aku akan cari kau.”

“Kita dah berlumba dan aku dah menang. Aku dah kotakan janji aku. Sekarang ia giliran kau pulak!”

“Baik kau cakap sekarang sebelum kitorang belasah kau sampai mati bila kau keluar nanti.” Sampuk Eddy garang.

“Korang ingat aku takut dengan gertakan korang ke? Ini Zafrullah!” Jawabnya sambil menepuk dadanya.

“Kau nak tahu mana Sara?...”

“Kau carilah sendiri! Itupun kalau kau boleh jumpa!” Ujarnya sambil tergelak dengan nada mengejek.

XXXXXX

Mereka keluar dari balai polis itu dengan rasa kecewa kerana walau apa cara sekalipun mereka mengertak Zafrul, namun dia tetap tidak berganjak. Sara masih lagi tak dapat ditemui. Datuk Halidi juga telah membuat laporan Polis tetapi Zafrul tidak dapat dikaitkan dengan kehilangan Sara. Semasa disoal siasat Zafrul tak mengaku semua ini dan mengatakan yang semua tuduhan itu adalah fitnah ke atas dirinya.

“So macamana kita nak cari Sara ni? Korang ada apa-apa idea bernas?” Azman menyoal kawan-kawannya.

“Aku ada!” Kata Lord sambil tersenyum.

“Apa dia?”

“Kau ada gambar Sara yang terbaru?” Tanya Lord.

“Ada.”

“Bagi kat aku. Aku nak buat poster lepas tu bagi kat semua kawan-kawan mat rempit kita. Kita kasi lekat satu Kuala Lumpur! Takkanlah tak ada orang yang nampak Sara!”

Mereka semua bersetuju dengan saranan Lord itu dan akan membantu mana yang terdaya.

“Aku akan buat stiker!” Kata Shidee memberi jaminan.

“Aku akan masukkan iklan dalam suratkhabar!” Janji Bad pula.

“Aku nak cop T-shirt!” Kata Ayu yang bekerja di syarikat pakaian itu.

“Besok pagi aku call kenalan aku di Radio dan TV.” Sampuk Zainal pula.
“Aku akan tolong lekatkan poster, lekatkan stiker dan pakai baju tu!” Ujar Eddy tersengih.

“Okay tu! Biar aku contact Datuk Halidi besok minta dia bagi sikit sumbangan untuk projek ni. Lagipun dia ada jajni hari tu.” Jawab Azman pula.

XXXXXX

Keesokan harinya mereka semua sibuk melakukan kerja-kerja menyiapkan poster dan stiker dengan gambar yang diberikan Azman. Datuk Halidi memberikan RM3,000.00 untuk tujuan itu. Bad pula membuat tempahan iklan di akhbar-akhbar popular.

Malam itu mereka berpecah dan menyerahkan salinan gambar Sara Yasmin kepada mat rempit-mat rempit kenalan mereka. Mereka pula seterusnya membuat salinan dan menyampainya kepada mat rempit yang lain dan begitulah seterusnya.

Eddy menampalnya di sana sini, Bad dan Ayu singgah di pasar malam dan memberinya kepada orang lalu lalang. Lord dan Azman menyelitkannya pada kereta-kereta di tempat letak kereta. Masing-masing melakukan apa yang boleh dengan harapan mereka akan dapat menjejak Sara.

Mereka dengan bantuan para mat rempit mula melekatkan gambar Sara itu di pelusuk Lembah Kelang. Di tiang-tiang, di dinding bangunan, di stesyen bas, kedai dan mana sahaja yang dirasakan sesuai. Yang penting sekali semua mereka menampalnya di motorsikal-motorsikal milik mereka.

Poster yang berbunyi “Pernahkah anda nampak Sara Yasmin? Kalau anda ada ternampak gadis ini hubungi no. telefon berikut...” No telefon Datuk Halidi dan Azman terpampang pada poster itu. Bandaraya Kuala Lumpur seakan dilanda perang poster pilihanraya. Dimana-mana sahaja poster Sara Yasmin akan kelihatan. Motor-motor mat rempit yang ke hulu ke hilir juga dilekatkan dengan stiker dan poster tersebut. Sekali lagi kesatuan semua mat rempit jelas kelihatan dengan tindakan bersama ini sepertimana yang berlaku di tahun yang sebelumnya. Manjoe seakan telah menjadi idola mereka. Novel dan filem Manjoe telah mengukuhkan lagi namanya di kalangan mat rempit di negara ini. Mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi membantu Manjoe.

Dalam masa yang singkat, kisah ini mula mendapat perhatian media massa. Ia mula disiarkan di televisyen, radio dan suratkhabar.

“Sekali kisah Manjoe dengan Dr. Sara Yasmin anak gadis Datuk Halidi menggemparkan negara ini. Filem yang berkisar tentang kisah cinta luar biasa seorang mat rempit dengan anak datuk ini masih lagi ditayangkan di pawagam dan mendapat sambutan yang luar biasa.

Kali ini pula Sara Yasmin pula telah diculik dan sekali lagi semua mat rempit bersatu dengan membuat poster, banner dan stiker yang diletakkan di merata tempat malah pada motor masing-masing dengan harapan Sara dapat ditemui.” Kata penyampai berita televisyen itu.

Jurucakap kami berada di tengah Bandaraya Kuala Lumpur bersedia untuk mewawancara salah seorang daripada mat rempit itu. Mari kita sama-sama ke sana... Sambungnya lagi.

“Ni ramai-ramai bagi poster dan letak stiker pada motor ni untuk apa?”

“Kami nak tolong Manjoe cari Sara Yasmin girlfriend dia.”

“Kamu pernah jumpa dengan Manjoe?”

“Tak pernah. Tapi kami anggap dia sebagai hero kami. Dia seorang yang mat rempit yang mengharumkan nama semua mat rempit dan kerana dia kami bersatu. Kalau dulu orang selalu memandang serong pada kami tetapi sekarang tak lagi. Sekarang kami semua nak jadi macam Manjoe. Mat rempit yang berwawasan.” Jawabnya lagi.

“Agak-agak boleh jumpa ke dengan Sara bila buat macam ni?”

“Itu tak tahulah tapi pada sesiapa yang menculik Sara Yasmin, berhatilah-hatilah sebab kalau kami jumpa kamu patah riuk nanti kami kerjakan. Baik korang lepaskan dia secepat mungkin kalau nak hidup!” Amarannya itu diikuti dengan sorakkan kawan-kawannya yang berada di belakang.

Jurukamera kembali menumpukan lensa kameranya pada jurucakap stesyen TV itu.

“Itulah pandangan salah seorang mat rempit yang kami temui. Boleh dikatakan semua mat rempit yang kami temui mengatakan perkara yang sama. Mereka semua mahu Sara Yasmin kembali kepada Azman atau Manjoe. Kita kembali ke studio untuk berita yang seterusnya.” Katanya lagi.



XXXXXX

        “Bagaimana rancangan kita boleh gagal Zafrul!” Tempik Tan Sri Samad tak berpuas hati sebaik Zafrul tiba di pejabatnya. Dia yang terpaksa meminta orang suruhannya membayarkan ikat jamin Zafrul yang mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas tuduhan langgar lari.

“Nasib dia baik malam itu. Tak mengapa Tan Sri. Saya akan cari jalan lain untuk menghapuskan Azman. Lagipun Sara masih lagi dalam tahanan saya.”

“Kamu tahu tak yang sekarang satu Malaysia sedang cari Sara?”

“Tan Sri jangan risau pasal tu. Saya akan cari jalan lain.”

        “Saya dah banyak habis duit untuk semua ini tapi nampaknya kamu ni incapable to finish the job. Kamu tak cukup bagus!”

        “Janganlah begitu Tan Sri. Bagilah saya peluang sekali lagi untuk membuktikan keupayaan saya yang sebenarnya.”

        “Beginilah Zafrul. Saya nak kamu hapuskan dia once and for all. Tan Sri Samad mengeluarkan pistol Revover Colt 9 mm yang tersimpan di dalam laci mejanya lalu diberikan kepada Zafrul. Saya akan bagi kamu habuan RM100,000.00 sekiranya kamu berjaya menamatkan riwayat Azman si Mat Rempit tu.”

        “Buatlah apa yang kamu rasakan perlu, yang penting kamu menutup semua jejak kamu, jangan ada saksi dan jangan libatkan saya dalam hal ini!” Ujarnya dengan nada keras.

BERSAMBUNG...

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

Ikuti FY di Youtube 

Ikuti FY di Facebook

No comments:

Post a Comment

BAB 1 - NOVEL PALING BEST PERNAH ANDA BACA - NOVEL TRILOGI MAN REMPIT 2

BAB 1 Satu ketika dahulu sorotan kisah percintaan luar biasa seorang Mat Rempit bernama Manjoe dengan Sara Yasmin mendapat liputan yang melu...