BAB 1
Satu ketika dahulu sorotan kisah percintaan luar biasa seorang Mat Rempit bernama Manjoe dengan Sara Yasmin mendapat liputan yang meluas di media massa. Ia mengisahkan pengorbanan Sara yang mendermakan sebahagian hatinya kepada Azman juga kisah bagaimana Mat Rempit bersatu dan akhirnya Farid anak Tan Sri Samad diberkas dan dipenjarakan kerana didapati bersalah atas tiga pertuduhan termasuk tuduhan membunuh.
Namun semua itu telah setahun berlalu. Sara Yasmin telahpun berjaya mendapat Ijazah perubatan dan sekarang bertugas di Hospital Universiti Kuala Lumpur. Azman pula atas galakkan Sara berjaya menyambung pelajaran pendidikan jarak jauh di UiTM Jalan Othman yang letaknya di Petaling Jaya tak jauh dari rumahnya dalam bidang Pemasaran.
Bunga-bunga percintaan antara Azman dan Sara Yasmin berkembang mekar. Mereka sering bertemu dan menghabiskan masa bersama bila berkesempatan. Percintaan mereka berjalan dengan lancar dan mereka bahagia bersama.
“Doktor Sara tak kerja hari ni?” Tanya Azman sebaik Sara sampai di Restoran Burger King di Mid Valley itu.
“On Call sebenarnya bang. Sebab tu tak boleh jumpa jauh-jauh. Senang nak balik ke hospital kalau diorang panggil.”
“Abang tak ada kelas hari ni?”
“Hari ni free. Besok pagi ada. Sara nak makan apa? Abang pergi belikan.”
“Chicken Burger dah lah.”
“Air?”
“Tak apa. Kongsi air abang ni.”
“Manja nampak...”
“Apa salahnya.” Jawab Sara sambil melemparkan senyuman yang manis.
Ramai juga orang yang berkunjung di Kompleks membeli belah Mid Valley petang itu. Mid Valley yang letaknya di Bangsar adalah salah sebuah kompleks membeli belah yang terbesar di Malaysia yang menyajikan pelbagai jenis barangan untuk pengunjungnya. Ramai orang ni mungkin sebab orang baru gaji. Hati Sara berbisik sambil menanti Azman memesan makanan.
Pandangannya beralih pada Azman yang masih berada di kaunter. Azman yang memakai seluar jeans biru dan berkemeja lengan pendek berkotak diperhatikannya. Hatinya senang dan bahagia. Kasih sayangnya pada Azman semakin hari semakin mekar berkembang. Biarlah apa yang orang lain katakan namun tak akan dipedulikannya.
Padanya kekayaan harta dan rupa bukanlah ukuran sebuah percintaan. Pengalaman lamanya dahulu sudah cukup mengajarnya erti kebahagiaan. Apa yang penting ialah ketulusan, kejujuran dan pengorbanan yang semua letaknya di hati. Begitu banyak dugaan yang harus dilalui dahulu demi cinta ini namun semua penderitaan itu bertukar menjadi kebahagiaan berkat kesabaran, berkat pengorbanan. Sekarang semuanya berada dalam keadaan yang baik dan terkawal. Tiada lagi masalah antara keluarga, kawan dan lawan. Harap-harap selamanya begitu.
“Woit! Berangan ke?” Jangan berangan lama-lama nanti tumbuh jerawat! Sergah Azman mematikan lamunan Sara. Dia tak perasan Azman telahpun kembali ke meja menatang dulang dengan makanan yang dipesan,
“Yelah! Tengah berangan bila nak kahwin dengan abang ni. Kacau betullah.
“Tunggulah sayang. Daddy minta hantaran sampai RM50,000.00 mana nak cari?
“Amboi! Dah panggil Daddy ye?
“Kena praktis dulu. Lagipun abang tengah kumpul duitlah ni. Jawab Azman sambil ketawa.
“Mana ada RM50,000.00 bang. Daddy minta sejuta! Sara saja menyakat.
Azman terus terduduk sambil menepuk dahinya.
“Kalau macam ni 100 tahun lagipun tak kahwinlah aku.” Azman mengomel sendiri.
Mereka berdua ketawa riang.
“Apa-apapun sekarang abang tak boleh lari dari Sara lagi sebab dalam hati abang ada hati Sara. Mana ada orang bercinta yang hatinya bersatu begitu?”
“Betul tu sayang. Lari jauh-jauh pun hati tetap bertaup.” Sahut Azman mengiyakan kata-kata Sara itu.
“Lepas tu dua-dua orang ada parut kat perut! Patut kalau dah ada parut kena turun harga Sara!” Sambung Azman lagi. Ketawa.
Sara turut ketawa. Azman yang dikenalinya memang begitu. Suka berjenaka bersahaja. Ia sering sahaja mengeletek menceriakan hatinya.
XXXXXX
“Aku rasa aku pun nak jadi macam Manjoelah. Kes dia menyebabkan satu Malaysia kenal dengan Manjoe malah kenal dengan kita. Semalam wartawan TV siap datang wawancara. Nak buat rencana mengenai kehidupan seorang mat rempit. Dulu dahlah kena kena interview dengan penulis skrip. Lepas ni tah apalah pulak?” Bad bercerita dengan panjang lebar.
“Aku dengar kerajaan pun tengah kempen nak buat berbagai kempen untuk kita dalam Projek Rakan Muda, diorang nak panggil mat rempit mat gemilang.” Sampuk Eddy pula.
“Tulah. Lepas tu untung betul dia dapat Sara yang cantik, kaya, pandai dan baik hati tu. Sanggup dermakan hati dia pada Manjoe. Jeles betul aku.” Shidee tak mahu ketinggalan menyambung.
“Si Manjoe dah dapat masuk UiTM, Zul pun dah sambung pelajarannya. Zainal pulak dah kahwin. Tinggallah kita tak kemana.” Bad merungut.
“Rezeki orang bro’. Rezeki kita tak tahu lagi. Yang penting usaha itu tangga kejayaan.” Ujar Lord pula.
“Kau lain Lord. Tak kerja pun tak kesah FAMA (Father Mother) ada. Harta menimbun.”
“Banyaklah korang. Itu harta mak bapak aku. Bukan harta aku.”
“Samalah tu Lord. Bila nak ajak kitorang datang rumah kau lagi? Aku nak layan kolam renang kau tu.” Eddy memujuk.
“Bila-bila je boleh.”
“Eh! Lord kau tak ada berangan nak beli superbike ke? Yamaha R6 ke, Suzuki Hayabusa ke, Kawasaki Ninja ke, Honda Fireblade ke, Aprillia ke, Ducati ke?”
“Taknaklah. Nak buat apa. Karang macamana aku nak kawan dengan korang. Aku pakai RXZ ni pun dah nampak pelik join korang ni.” Jawab Lord memandangkan kesemua mereka menunggang motor Yamaha 125Z.
“Kau tak nak beli ke atau sebab kaki kau tak sampai. Nak berhenti kena cari kaki lima jalan pulak.” Eddy menyakat.
“Takpun siapkan batu bata kat tempat nak berhenti tu.” Sampuk Bad pula. Mereka semua ketawa.
“Yelah, Lord kalau kau beli motor besar tu, boleh kitorang tumpang glamer. Boleh pinjam sesekali. Lagak sikit.” Sahut Zainal yang sejak tadi hanya mendengar.
“Panjang umur, pendek nafas mamat ni.” Kata Eddy bila nampak kelibat Manjoe yang baru sampai dan meletakkan motornya di tempat yang disediakan. Shidee dan Lord menoleh.
“Baru lepas keluar datinglah tu.”
“Apa lagi. Dia tak bawa Sara pulak hari ni.”
“Mana yang lain?” Tanya Azman sebaik duduk di kerusi yang kosong bersebelahan Lord.
“Inilah yang ada. Yang lain semuanya ada agenda sendiri.”
“Man kenalkan ni Khairul. Kawan aku. Budak Damansara.” Zainal memperkenalkan.
“Khairul nilah Manjoe!”
“Apa khabar bro’?” Sapa Azman kepada pemuda yang agak gempal berkulit hitam manis itu.
“Baik. Selalu dengar cerita pasal orangnya, akhirnya baru dapat bertemu.” Jawabnya perlahan.
“Tak ada apa yang menarik bro’. Biasa-biasa je. Mereka bersalaman.
“Biasa apa. Buku novel Mat Despatch yang mengisahkan pasal percintaan luar biasa kau dengan Sara Yasmin laris di pasaran.”
“Ye ke! Kitorang tak baca novellah bro. Tak ada masa. Tapi si Eddy ni lain, dia mat jiwang!”
“Woit! Tolong sikit ah! Mengata dulang paku serpih. Ada yang makan helmet ni kang.”
“Mereka ketawa dengan usikan Azman pada Eddy itu.”
“Bukan makan helmet Eddy... Makan bubur ler!” Tambah Bad pula. Mereka ketawa lagi.
“Apa cerita korang semua? Tanya Manjoe seraya memalingkan mukanya pada kawan-kawannya yang lain.”
“Tak ada apa. Semua gitu-gitu je tapi semalam ada wartawan datang buat rencana. Nanti keluarlah kat TV tu. Glamerlah kejap.”
“Okaylah tu. Dapat jadi artis!” Ujar Azman tersenyum.
“Adik kau Shida apa cerita Dee?”
“Okaylah. Dia suka jumpa kau. Dia kata ungkapan kata-kata dan semangat yang ada pada kau banyak membantu dia..” Jawab Shidee.
“Mana Sara? Selalu ada.” Tanya Shidee pula.
“Dia On Call. Dah ke hospital.”
“Owh! Kalau boleh aku pun nak jadi pesakit Sara. Siapa tak nak doktor cun siyot! Tengok Doktor Sara je, sakit terus baik.” Ujar Shidee.
“Kalau dah mati pun boleh hidup balik!” Eddy pula menambah.
“Poyolah kau ni Eddy.”
“Betul apa! Ada kawan aku tu dah nyawa-nyawa ikan, Doktor Sara punya pasal dia hidup balik siyot!” Sambung Eddy mengenakan Azman disambut gelak tawa kawan-kawannya yang ramai itu. Azman turut ketawa kerana ada kebenaran dalam kata-kata Eddy walaupun ia bersifat lawak jenaka. Gelagat kawan-kawannya inilah yang melengkapkan kehidupan Azman selama ini.
Bersambung...
FY Al Haj
Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;
Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari -
Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -
Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti FY di Youtube
Ikuti FY di Facebook